Baru2 nie ada org kena pergantungan sebanyak 2 tahun 6 bulan..
ini lah uniknya pengurusan bola sepak Malaysia,,
sapa suruh kritik..kan dah mendapat...
lain kali sokong la FAM..
FAM adalah satu pengurusan yang sangat mantap di antara dunia..
pengurusan yg diterapkan oleh FAM seperti di EPL.,
FAM adalah kebal dari sebarang tindakan..
bukan apa,cuma ada dinding konkrit tinggi yg membuatkan FAM ni kebal..
jadi mari la kita sokong FAM..
batu bata dah dibina di wisma sejak 27 tahun lepas dah..jd jgn la bimbang..
sokong aje FAM
mutu permainan yg ditunjukkan oleh bola sepak malaysia pun di tahap sepanyol..
beza ckit jer klo tak mmg dah mengatasi sepanyol dah..
itu pasal klo kita kritik FAM adalah tak patut..sebab bola sepak kita POWER tu..
kita dilandasan yg betul untuk mengekalkan piala AFF Suzuki..
malahan 2030 nnt kita akan masuk World Cup..
jd jangan la bimbang peminat bola sepak Malaysia..
sokong aje FAM..
kita dah ada cara2 khas untuk pemain berada di tahap yg tinggi..
aku percaya jika pasukan kelab terbaik dunia dtg ke malaysia, kita boleh kitai depa..
jgn bimbang kita ada coach terbaik di dunia..
jadi sokong la FAM...
ni aku ada tgk budak upload kat Forum/FB
"woii mana kau tau nie..suka2 hati jer kata FAM ada penyelewengan.."
mcm ni katanya tentang penyelewengan FAM..
Penyelewengan Pertama:
Jawatankuasa pasukan kebangsaan hanya bermesyuarat sekali sahaja. Dalam
mesyuarat ini diutuskan bahawa setiap pasukan mempunyai timbalan, TS
Annuar dilantik timbalan pasukan Senior. Selepas mesyuarat ini tiada
lagi mesyuarat diadakan untuk bincang pasukan kebangsaan. Perlawanan
persahabatan tidak dapat diatur, FIFA keluarkan jadual selama 4 tahun
tetapi pasukan kebangsaan hanya setahun, itupun belum tentang ada pihak
yg hendak berlawan memandangkan jadual FIFA 4 tahun?
Penyelewengan Kedua:
Perlantikan jurulatih kebangsaan dikatakan kuasa EXCO tapi mesyuarat
tidak buat, jadi bagaimanakah perlantikan dibuat?Adakah berlaku
penyelewengan? Mesyuarat EXCO hanya dibuat 4 kali sahaja dalam masa 2
tahun?
Kenapa gaji Rajagopal terlalu mahal, RM75,000 sebulan
dan dikecualikan CUKAI PENDAPATAN? Gaji jurulatih terdahulu sekitar
Rm25,000 sahaja.
Penyelewengan Ketiga:
Mesyuarat AGONG tidak buat, maka dari segi undang-undang FAM ini adalah tidak sah dan boleh diharamkan?
Mesyuarat pasukan kebangsaan juga hanya buat sekali sahaja?
Penyelewengan Keempat:
Presiden KAFA rapat dengan semua ketua pasukan dan ini ada pihak
merasakan ini acaman kepada Presiden FAM dalam merebutkan jawatan
presiden dalam kongres akan datang?
TS Annuar merupakan
pengurusan tertinggi yang ada dalam negeri semasa pandangan TS
diutarakan. Presiden dan Tengku Mahkota berada di london semasa itu,
jadi perlukan TS Annuar mohon kebenaran kepada DIRI SENDIRI?
Penyelewengan Kelima:
Selama lebih 20 tahun Tuanku menjadi presiden, berapakalikah surat kebenaran dikeluarkan?
Titah Tengku Mahkota dianggap undang-undang, surat perkeliling dihantar
ke setiap negeri tanpa kebenaran EXCO, tiada KEBENARAN diberikan untuk
edarkan perkeliling. Maka adakah ini satu lagi penyelewengan pengurusan?
Penyelewengan Keenam:
TS Annuar mesti dihukum selama 2 tahun supaya beliau tidak dapat
bertanding dalam kongres akan datang?. Maka selamatlah puak-puak Tunku
Presiden?, selamatkah Rajagopal 75K?
Dan Penyelewengan TERBESAR.
Baru-baru ini TSAM ada bertanya akan hilangnya berjuta-juta ringgit
dari akaun FAM. Kononnya duit dibawa keluar (oleh siapa, pandai-pandai
la teka) untuk membayar insuran pemain Liga M. Tetapi selepas EMPAT
bulan duit tersebut masih belum dibayar! Bila syarikat insuran bertanya
TS terus selidik dan bertanya dan kelam kabut bayaran dibuat, tapi amaun
dibayar jauh kurang dari amaun yang dibawa keluar dari akaun bank FAM.
Berjuta-juta hilang.
TS mahu bangkitkan hal ini dalam kongress
tahun 2011, maka dengan itu, pada tahun 2011, buat pertama kali dalam
sejarah, TIADA perjumpaan kongress dibuat, untuk menghalang TS
berkata-kata (nak kata pada media tak boleh!).
Jadi, demi menutup mulut TS selamanya mereka mahu jatuhkan kredibiliti TS dan buang beliau dari bola sepak Malaysia!
Woi Judin! Kami peminat tak bodoh la, kami dah nampak segala penyelewengan ini! Laknatullah!
copied from
-MALAYSIA FOOTBALL FORUM-
ini lah yg aku kopi dr org yg tak puas hati dgn FAM.
depa mmg tak tau perlembagaan FAM ker..
apala hangpa nie..
mana boleh kritik FAM sesuka hati..
FAM bola sepak negara kita..
sapa lagi nak sokong klo bukan kita sebagai rakyat malaysia..
mari kita sokong FAM..klo di boikot apa jadi ek??
sokong aje FAM.
sukan bola sepak malaysia..
sokong FAM wahai rakyat malaysia..
No comments:
Post a Comment