Monday, April 23, 2012

kalah ker bang...

hello..

awal pagi minggu yg lalu..kekalahan pasukan barcelona di elclasico mmg mendapat tamparan hebat dikalangan penyokong barca...hahahah...itulah bola sepak..menang dan kalah adalah adat permaianan..
seri pun adat gak la...hahaha..biar mati anak..jgn mati adat kata deme...



game awal pagi ahad itu telah menampakkan kekalahan barca yg kononya kebal di gelanggang sendiri..
tapi persoalannya addakah Real Madrid real-real main bola...hahaha..couter n bertahan je la...

sekarang kita dah ada taktik baru dlm bola sepak..couter dan bertahan akan menjadi satu taktik baru untuk mengalahkan pasukan terbaik dunia ini...
yg aku peliknya kenapa bila lawan barca aje Real akan bermain corak mcm nie..dah xde ke cara lain..
hahahah..permainan mcm nie akan dipraktikkan oleh team lain utk bersemuka dgn barca..apatah lagi chelsea yg akan bertandang ke nou camp mggu ini..hahaha..

di lihat dari game pagi itu, Pep kelihatan menukar sedikit startegi utk game menentang Real Madrid..
apakah game pagi itu..tiki taka??
jika dilihat pagi itu sebanyak 7-9 biji bas ada di depan gawang gol Real Madras..
huhuhu..mereka kata dah boleh sekat tiki taka dgn corak bertahan dan couter attack..

melihat dr keadaan itu, corak bertahan yg digunakan oleh Real Madrid adalah tidak berkesan utk menandingi tiki taka.

mengapa aku berkata macam itu???

Jika corak bertahan mampu menghalang tiki taka mengapa position bola barca masih 70% wlaupun aku rasa mcm 60% je position mlm tu..tapi still bola di pihak barca..dan barca mampu membuli serba sedikit player Real pagi tu di bahagian defend.
itu bukan dipanggil menghalang tiki taka tp mengurangkan gol drpermainan tiki taka.
bahagian serangan barca juga mampu untuk memasuki kotak panalti Real.cuma ketidak otaian Mr Tello utk menjaringkan gol adalah rugi sama sekali.
kekurangan kelibat Messi dan Iniesta juga menjadi tanda tanya mengapa kegagalan ini terjadi walaupun gol pertama dilihat dr gerakan awal Messi.keadaan bus yg banyak merencatkan ckit game pagi itu..
namun kalah tu tetap kalah..

 klo mcm ni boleh gol ker (maaf pic kurang memuaskan..)

namun begitu pendapat aku tentang Pep...

seorang jurulatih berprofil tinggi yg hanya mahu menyimpan sedikit skill di saat-saat genting ini.
cuba melarikan sedikit cara permainan utk mengelirukan pihak lawan..
selalu meng "upgrade" kan posisi pemain semasa didalam game...

tetapi adakah pemain dapat mempraktikkan 100%  cara ini..
itu yg menjadi persoalannya..
Pep cuba utk menang atau setidak-tidaknya seri pg itu tetapi sebaliknya..
1 cup terlepas tp memberi perhatian kpda CL yg memberikan 3 cup dimasa hadapan..
juga barca mempunyai 5 cup utk di teruskan sekarang.
yer ker...hhahaha..
jgn kita citer tentang sejarah bila dah kalah..hadapi apa yg ada sekarang nie..

pikir la pikir la pikir la...huhuhuhu




apa pun yang terjadi kita saksikan la permainan bola sepak..jgn mencemuh mana-mana pihak dikala kekalahan melanda..klo gurau-gurau ok la kot..
belajar dari kesilapan..jgn belajar dari kekalahan..kerana apabila ko menang pun ko masih melakukan kesilapan..tak banyak cikit..jadi belajarlah dari kesilapan..klo kalah lagi banyak silapnya kan??
ingatlah..permainan bola sepak dimainkan oleh 11 org player diatas padang dan seorang jurulatih di tepi padang.maka jika berlaku kekalahan dan kesilapan jgn lah menuding jari kepada seseorang..kesalahan di bahu mereka ini satu pasukan..

x sepak maka x passing.


Thursday, April 19, 2012

apa itu counter attack

Tujuan bola sepak jenis ini adalah untuk memerangkap lawan pada "keadaan kurang bersedia". Apabila mereka memberikan bola di bahagian tengah atau serangan, pemain lawan akan cenderung untuk menjadi lebih jauh ke tengah daripada biasa dan mungkin tidak dapat dengan cepat menyesuaikan diri dengan corak pertahanan.(turun ke bawah semula)
  Menyerang  balas mungkin melibatkan satu atau dua penyerang berhampiran garisan separuh padang dengan harapan bahawa melalui bola boleh dimainkan untuk menjerat lawan yang tidak/kurang bersedia. 



Dalam contoh, satu serangan oleh pasukan hitam telah dihalang dan berakhir dalam tangan penjaga gol putih atau defend putih. Dengan menendang ke tengah padang bola bagi pemain terjauh putih (mem passing di sana dengan harapan keadaan ini ("pertahanan kurang bersedia" ), pemain mempunyai peluang menjaringkan gol kerana dia sepatutnya tidak dikawal sepenuhnya- jika dia cepat mengawal dan pass bola itu kepada rakan yg men support nyer.

Dalam kes lain, pertahanan dan pemain tengah boleh menyertai dalam serangan balas, cuba untuk melebihi atau sebaliknya mendahului pertahanan dan mildfielder dgn pergerakan yang cepat dan bijak dan pas cepat dan tepat.

Kelajuan adalah faktor penting dalam kedua-dua kesalahan dan pertahanan, kebarangkalian serangan balas berkurangan secara mendadak apabila pihak lawan telah berjaya menyusun pertahanan mereka.



  Ini jenis permainan telah di lakukan dan diadaptasi  dengan baik dan  cepat
permainan menyerang balas  dilakukan oleh team Jerman di Piala Dunia FIFA 2010 dan banyak digunakan oleh Real Madrid, Jose Mourinho.

kelab sepanyol kalah..kah..kah..kah..

kegagalan 2 gergasi bola sepak sepanyol agak mengemparkan sedikit peminat la liga di planet bumi dan planet2 lain...
pertemuan pertama di antara Real Madrid dan Bayern Munich (Jerman)berkesudahan 1-2 memihak kepada bayern..

juga kekalahan Barcelona di tangan Chelsea juga semalam 0-1.ini membuktikan skuad dari sepanyol pun boleh dikalahkan..tp ini baru peringkat yg pertama.


masih ada 90minit ++ di laman mereka sendiri next weeks.
kita lihat di sini bagaimana aksi kelab-kelab ini bertarung di peringkat kedua pula.

apapun tahniah untuk keempat-empat pasukan kerana telah layak ke tahap ini.
kemenangan atau kekalahan bukan la pengakhiran perjuangan bola sepak.
tahap dan mutu bola sepak dunia kini bertambah matang walaupun ada sesetengah kelab terpaksa bermain bertahan (parking bas) di depan pintu gol.
 
bermacam-macam cara untuk menyekat pihak lawan dari memenangi pertandingan.
macam-macam parking ada...hahaha

tetapi segala menda alah yg di tunjukkan oleh pemain utk menyekat pihak lawan adalah baik utk meningkatkan lagi mutu permainan.
bola sepak adalah sukan dunia..
sukan planet lain gak kot...hahahaha


Bagi Real Madrid dan Barcelona pertembungan Ahad ini lebih penting untuk kedua-dua pasukan.



agaknya patutla mereka bermain dgn berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan untuk game ahad ini.pertembungan dua jaguh la liga ini melebihi perlawanan separuh akhir UEFA ini.


permainan couter attack sgt sinonim bersama Real di bawah kendalian Jose Mou ini berserta tackle2 keras terhadap pemain barca.penguasaan bola barcelona yg menggunakan tiki-taka adalah sgt tidak digemari oleh madras dan team2 lain.pelbagai kajian dilakukan oleh penganalisi dunia bola sepak mencari cara untuk memecah benteng dan cara tiki taka ini..

sedikit uniknya tiki taka ini adalh kerana ianya sukar utk dikendalikan..sukar untuk di halang..
dan adalah sukar jika barca bermain di camp nou.susah utk mencari 1 mata, apatah lagi 3 mata..
2 mata x kira yek..hahaha je la yg boleh...

apapun kita nantikan bersama apa yg terjadi Ahad dan mggu dpn dlm kancah bola sepak dunia..

x sepak maka x passing






Saturday, April 14, 2012

foto orang akan salah sangka jika tengok

hi..berehat bila otak dah pening pasal bola..
kadang kala merehatkan otak adalah lebih baik dari merehatkan diri...
mari kita lepak lepak jap sambil meneliti apakah ini..

kpd mereka yg melihat foto ini, sila lah tgk bebetul yer..
jgn salah sangka plak..lihat betul2..







jgn salah sangka yer..sila dapatkan nasihat pakar utk bimbingan seterusnya...
diharap dpt mengurangkan tension hangpa semua..

x sepak maka x passing..







Thursday, April 12, 2012

ranking menjunam lagi

Kuala Lumpur- kedudukan bola sepak negara kita menjunam lagi..
apa nak dikisahkan..dah biasa dah kedudukan yg selalu menjunam nie..hahaha..
kedudukan yang tak pernah dicapai oleh malaysia..
Malaysia kini dikedudukan ke 156..kedudukan yg terBAIK setakat ini..

apa nak kisah sgt dengan ranking..bak kata seseorng tu lah kan..
apa punya turr la..ranking ni la nk tengok ko di tahap mana...sengalll..

mengikut senarai yg dikeluakan FIFA malaysia dikedudukan ke 156
pada januari lepas, malaysia di tangga ke 148
febuary ke 150
bln lepas ke 152
hahahaha..
aku pun dh boleh agak dah kedudukan tu...
rakyat pun tahu...
klo ranking bola naik baru la aku pelik,was-was dan ragu-ragu...

kemerosotan adalah berpunca dr kekurangan perlawanan persahabatan antarabangsa..
tetapi tak mengapa kerana kita sekarang SETANDING dengan  BANGLADESH (152)
PALESTIN (153) NEW CALEDONIA (154) dan SAMOA (155)
TAPI...pada pendapat hangpa semua adakah negara tersebut diatas mempunyai alatan sukan yg mencukupi dan kemudahan asas yg banyak macam negara Malaysia tuh...???
tAKPE...kita setanding dengan mereka...

Di Asia Tenggara pulak..kita di no 5 dibelakang vietnam (97), Thailand (141),Filipina (148)
, dan Indonesia (151).
Di Asia pula kita di tangga ke 27dari 46 negara berbanding tempat ke 24 bulan lepas..
sementara itu SEPANYOL masih mengunggulli ranking ke SATU  dengan 1442 mata...
Ke DUA Jerman dengan 1345 mata.
Ke TIGA, Uruguay dengan 1309 mata
keduduakan ini merangkumi 205 buah  negara..

SYABAS Malaysia kerana memegang tempat ke 156..
bukan senang nak amik tempat tuh...hahaha
sila collect hadiah di kaunter 4 yer



kepada  skuad Negara diharap dapat menambah lagi ranking( agaknya lagi banyak lagi bagus pikir mereka)...
apa nak dikata..itulah bola sepak kita..BOLA SEPAK MALAYSIA..

x sepak maka x passing

Wednesday, April 4, 2012

mari kita sokong FAM

Baru2 nie ada org kena pergantungan sebanyak 2 tahun 6 bulan..
ini lah uniknya pengurusan bola sepak Malaysia,,
sapa suruh kritik..kan dah mendapat...
lain kali sokong la FAM..

FAM adalah satu pengurusan yang sangat mantap di antara dunia..
pengurusan yg diterapkan oleh FAM seperti di EPL.,
FAM adalah kebal dari sebarang tindakan..
bukan apa,cuma ada dinding konkrit tinggi yg membuatkan FAM ni kebal..
jadi mari la kita sokong FAM.. 
batu bata dah dibina di wisma sejak 27 tahun lepas dah..jd jgn la bimbang..
sokong aje FAM

mutu permainan yg ditunjukkan oleh bola sepak malaysia pun di tahap sepanyol..
beza ckit jer klo tak mmg dah mengatasi sepanyol dah..
itu pasal klo kita kritik FAM adalah tak patut..sebab bola sepak kita POWER tu..
kita dilandasan yg betul untuk mengekalkan piala AFF Suzuki..
malahan 2030 nnt kita akan masuk World Cup..
jd jangan la bimbang peminat bola sepak Malaysia..
sokong aje FAM..

kita dah ada cara2 khas untuk pemain berada di tahap yg tinggi..
aku percaya jika pasukan kelab terbaik dunia dtg ke malaysia, kita boleh kitai depa..
jgn bimbang kita ada coach terbaik di dunia..

jadi sokong la FAM...

ni aku ada tgk budak upload kat Forum/FB
"woii mana kau tau nie..suka2 hati jer kata FAM ada penyelewengan.."
 mcm ni katanya tentang penyelewengan FAM..

Penyelewengan Pertama:

Jawatankuasa pasukan kebangsaan hanya bermesyuarat sekali sahaja. Dalam mesyuarat ini diutuskan bahawa setiap pasukan mempunyai timbalan, TS Annuar dilantik timbalan pasukan Senior. Selepas mesyuarat ini tiada lagi mesyuarat diadakan untuk bincang pasukan kebangsaan. Perlawanan persahabatan tidak dapat diatur, FIFA keluarkan jadual selama 4 tahun tetapi pasukan kebangsaan hanya setahun, itupun belum tentang ada pihak yg hendak berlawan memandangkan jadual FIFA 4 tahun?

Penyelewengan Kedua:

Perlantikan jurulatih kebangsaan dikatakan kuasa EXCO tapi mesyuarat tidak buat, jadi bagaimanakah perlantikan dibuat?Adakah berlaku penyelewengan? Mesyuarat EXCO hanya dibuat 4 kali sahaja dalam masa 2 tahun?

Kenapa gaji Rajagopal terlalu mahal, RM75,000 sebulan dan dikecualikan CUKAI PENDAPATAN? Gaji jurulatih terdahulu sekitar Rm25,000 sahaja.

Penyelewengan Ketiga:

Mesyuarat AGONG tidak buat, maka dari segi undang-undang FAM ini adalah tidak sah dan boleh diharamkan?

Mesyuarat pasukan kebangsaan juga hanya buat sekali sahaja?

Penyelewengan Keempat:

Presiden KAFA rapat dengan semua ketua pasukan dan ini ada pihak merasakan ini acaman kepada Presiden FAM dalam merebutkan jawatan presiden dalam kongres akan datang?

TS Annuar merupakan pengurusan tertinggi yang ada dalam negeri semasa pandangan TS diutarakan. Presiden dan Tengku Mahkota berada di london semasa itu, jadi perlukan TS Annuar mohon kebenaran kepada DIRI SENDIRI?

Penyelewengan Kelima:

Selama lebih 20 tahun Tuanku menjadi presiden, berapakalikah surat kebenaran dikeluarkan?

Titah Tengku Mahkota dianggap undang-undang, surat perkeliling dihantar ke setiap negeri tanpa kebenaran EXCO, tiada KEBENARAN diberikan untuk edarkan perkeliling. Maka adakah ini satu lagi penyelewengan pengurusan?

Penyelewengan Keenam:

TS Annuar mesti dihukum selama 2 tahun supaya beliau tidak dapat bertanding dalam kongres akan datang?. Maka selamatlah puak-puak Tunku Presiden?, selamatkah Rajagopal 75K?

Dan Penyelewengan TERBESAR.

Baru-baru ini TSAM ada bertanya akan hilangnya berjuta-juta ringgit dari akaun FAM. Kononnya duit dibawa keluar (oleh siapa, pandai-pandai la teka) untuk membayar insuran pemain Liga M. Tetapi selepas EMPAT bulan duit tersebut masih belum dibayar! Bila syarikat insuran bertanya TS terus selidik dan bertanya dan kelam kabut bayaran dibuat, tapi amaun dibayar jauh kurang dari amaun yang dibawa keluar dari akaun bank FAM. Berjuta-juta hilang.

TS mahu bangkitkan hal ini dalam kongress tahun 2011, maka dengan itu, pada tahun 2011, buat pertama kali dalam sejarah, TIADA perjumpaan kongress dibuat, untuk menghalang TS berkata-kata (nak kata pada media tak boleh!).

Jadi, demi menutup mulut TS selamanya mereka mahu jatuhkan kredibiliti TS dan buang beliau dari bola sepak Malaysia!

Woi Judin! Kami peminat tak bodoh la, kami dah nampak segala penyelewengan ini! Laknatullah!

copied from
-MALAYSIA FOOTBALL FORUM-

 

ini lah yg aku kopi dr org yg tak puas hati dgn FAM.
depa mmg tak tau perlembagaan FAM ker..
apala hangpa nie..
mana boleh kritik FAM sesuka hati..
 FAM bola sepak negara kita..
sapa lagi nak sokong klo bukan kita sebagai rakyat malaysia..
mari kita sokong FAM..klo di boikot apa jadi ek??

sokong aje FAM.
sukan bola sepak malaysia..
sokong FAM wahai rakyat malaysia..