Tuesday, May 1, 2012

bola..bola..dan bola..

hi..
bercerita lagi tentang bola..
ada apa dengan bola..huhu..
disini aku nak berkongsi sikit tentang kebanyakan pemain dinegara kita yg kekurangan idea..
idea??apa ingat ini isi tempat kosong ker??
hahha..idea..

ye.., idea memainkan peranan penting didalam pasukan bola sepak..
idea sebenarnya dilahirkan dari imaginasi seseorg..
dari imiginasi dan juga masalah maka lahirlah idea ke muka bumi..

tetapi apa yg kita lihat sekarang, kebanyakkan pemain mempunyai idea semasa di luar waktu permainan,
tetapi idea ini tiba2 lesap apabila permainan memasuki padang..
kenapa hal ini terjadi??

disini kita cuba rungkai kan serba sedikit..(bahagian striker)

idea ini lesap bagai david kokopil adalah kerana TEKANAN yg dialami oleh player itu sendiri..
cara mengurangkan tekanan dlm diri masih lemah dikalangan player kita..baik profesional apatah lagi amatur.
tekanan yg dirasai akan menyebabkan kebegangan terhadap team lawan yg menjadikan bola dpn pintu gol bola sepak akan menjadi pintu gol ragbi..benggang punya pasal ko rembat kuat2..


FOKUS-kehilangan tumpuan dan fokus jelas terasa apabila emosi memainkan peranan didalam diri ketika permainan berlansung.dihadapan gol tanpa sebarang masalah sepatutnya pemain itu boleh menjaringkan gol tetapi apabila emosi mengawal tubuh lalu menyebabkan player itu gagal menyempurnakan sepakannyer..

MENTAL-serupa dengan pesakit mental juga, merupakan faktor didalam kekurangan idea.mental yg lemah menyebabkan seseorg player terganggu dengan permainan beliau sekali gus mengecewakan pemain lain dan permainan satu team terganggu..mental yg lemah harus ditangani dengan segera kerana ianya menyebabkan seseorg itu akan mem 'parap' kaki pihak lawan.

TAK RETI BAHASA-ini juga boleh menyebabkan idea itu hilang mcm biskut chipmooore..
kejap ada kejap xde..knapa..tak reti bahasa.baik dalam game tidak mahu mendengar arahan kapten atau pun tidak mahu mendengar nasihat coach di luar padang.akibat dr ini idea yg sepatutnya bernas telah menjadi nenas di masak pajeri je..tindakan ini juga akan merugikan tempo pemainan dan team itu sendiri.






disini dapat dilihat IDEA akan menghilangkan diri dengan sendiri atau dgn faktor sekeliling kerana apa?
ntah aku pun tak tau..hahahah
tapi apa yg pasti Idea ini dapat dikekalkan dengan pelbagai cara..

disini saya ceritakan sedikit mengenai cara mengurangkan faktor kehilangan idea..
tekanan,mental,fokus,tak reti bahasa etc..dapat dikurangkan dan di leyapkan dengan menpunyai DISPLIN yg sangat tinggi..

Displin yg dimaksudkan bukan seperti guru displin sentiasa bawak rotan tetapi displin dari segi permainan dan tempo game itu sendiri.displin dari pengendalikan pernafasan,displin dari segi support rakan, displin dari segi memassing rakan,displin dari segi percakapan or motivasi pemain didalam padang dan displin di dalam permainan bola sepak..(posisi, gandingan dan macam2 la)

klo ini dapat dibentuk, tidak mustahil team kita mampu menyaingi team lain..


x sepak maka x passing


Monday, April 23, 2012

kalah ker bang...

hello..

awal pagi minggu yg lalu..kekalahan pasukan barcelona di elclasico mmg mendapat tamparan hebat dikalangan penyokong barca...hahahah...itulah bola sepak..menang dan kalah adalah adat permaianan..
seri pun adat gak la...hahaha..biar mati anak..jgn mati adat kata deme...



game awal pagi ahad itu telah menampakkan kekalahan barca yg kononya kebal di gelanggang sendiri..
tapi persoalannya addakah Real Madrid real-real main bola...hahaha..couter n bertahan je la...

sekarang kita dah ada taktik baru dlm bola sepak..couter dan bertahan akan menjadi satu taktik baru untuk mengalahkan pasukan terbaik dunia ini...
yg aku peliknya kenapa bila lawan barca aje Real akan bermain corak mcm nie..dah xde ke cara lain..
hahahah..permainan mcm nie akan dipraktikkan oleh team lain utk bersemuka dgn barca..apatah lagi chelsea yg akan bertandang ke nou camp mggu ini..hahaha..

di lihat dari game pagi itu, Pep kelihatan menukar sedikit startegi utk game menentang Real Madrid..
apakah game pagi itu..tiki taka??
jika dilihat pagi itu sebanyak 7-9 biji bas ada di depan gawang gol Real Madras..
huhuhu..mereka kata dah boleh sekat tiki taka dgn corak bertahan dan couter attack..

melihat dr keadaan itu, corak bertahan yg digunakan oleh Real Madrid adalah tidak berkesan utk menandingi tiki taka.

mengapa aku berkata macam itu???

Jika corak bertahan mampu menghalang tiki taka mengapa position bola barca masih 70% wlaupun aku rasa mcm 60% je position mlm tu..tapi still bola di pihak barca..dan barca mampu membuli serba sedikit player Real pagi tu di bahagian defend.
itu bukan dipanggil menghalang tiki taka tp mengurangkan gol drpermainan tiki taka.
bahagian serangan barca juga mampu untuk memasuki kotak panalti Real.cuma ketidak otaian Mr Tello utk menjaringkan gol adalah rugi sama sekali.
kekurangan kelibat Messi dan Iniesta juga menjadi tanda tanya mengapa kegagalan ini terjadi walaupun gol pertama dilihat dr gerakan awal Messi.keadaan bus yg banyak merencatkan ckit game pagi itu..
namun kalah tu tetap kalah..

 klo mcm ni boleh gol ker (maaf pic kurang memuaskan..)

namun begitu pendapat aku tentang Pep...

seorang jurulatih berprofil tinggi yg hanya mahu menyimpan sedikit skill di saat-saat genting ini.
cuba melarikan sedikit cara permainan utk mengelirukan pihak lawan..
selalu meng "upgrade" kan posisi pemain semasa didalam game...

tetapi adakah pemain dapat mempraktikkan 100%  cara ini..
itu yg menjadi persoalannya..
Pep cuba utk menang atau setidak-tidaknya seri pg itu tetapi sebaliknya..
1 cup terlepas tp memberi perhatian kpda CL yg memberikan 3 cup dimasa hadapan..
juga barca mempunyai 5 cup utk di teruskan sekarang.
yer ker...hhahaha..
jgn kita citer tentang sejarah bila dah kalah..hadapi apa yg ada sekarang nie..

pikir la pikir la pikir la...huhuhuhu




apa pun yang terjadi kita saksikan la permainan bola sepak..jgn mencemuh mana-mana pihak dikala kekalahan melanda..klo gurau-gurau ok la kot..
belajar dari kesilapan..jgn belajar dari kekalahan..kerana apabila ko menang pun ko masih melakukan kesilapan..tak banyak cikit..jadi belajarlah dari kesilapan..klo kalah lagi banyak silapnya kan??
ingatlah..permainan bola sepak dimainkan oleh 11 org player diatas padang dan seorang jurulatih di tepi padang.maka jika berlaku kekalahan dan kesilapan jgn lah menuding jari kepada seseorang..kesalahan di bahu mereka ini satu pasukan..

x sepak maka x passing.


Thursday, April 19, 2012

apa itu counter attack

Tujuan bola sepak jenis ini adalah untuk memerangkap lawan pada "keadaan kurang bersedia". Apabila mereka memberikan bola di bahagian tengah atau serangan, pemain lawan akan cenderung untuk menjadi lebih jauh ke tengah daripada biasa dan mungkin tidak dapat dengan cepat menyesuaikan diri dengan corak pertahanan.(turun ke bawah semula)
  Menyerang  balas mungkin melibatkan satu atau dua penyerang berhampiran garisan separuh padang dengan harapan bahawa melalui bola boleh dimainkan untuk menjerat lawan yang tidak/kurang bersedia. 



Dalam contoh, satu serangan oleh pasukan hitam telah dihalang dan berakhir dalam tangan penjaga gol putih atau defend putih. Dengan menendang ke tengah padang bola bagi pemain terjauh putih (mem passing di sana dengan harapan keadaan ini ("pertahanan kurang bersedia" ), pemain mempunyai peluang menjaringkan gol kerana dia sepatutnya tidak dikawal sepenuhnya- jika dia cepat mengawal dan pass bola itu kepada rakan yg men support nyer.

Dalam kes lain, pertahanan dan pemain tengah boleh menyertai dalam serangan balas, cuba untuk melebihi atau sebaliknya mendahului pertahanan dan mildfielder dgn pergerakan yang cepat dan bijak dan pas cepat dan tepat.

Kelajuan adalah faktor penting dalam kedua-dua kesalahan dan pertahanan, kebarangkalian serangan balas berkurangan secara mendadak apabila pihak lawan telah berjaya menyusun pertahanan mereka.



  Ini jenis permainan telah di lakukan dan diadaptasi  dengan baik dan  cepat
permainan menyerang balas  dilakukan oleh team Jerman di Piala Dunia FIFA 2010 dan banyak digunakan oleh Real Madrid, Jose Mourinho.

kelab sepanyol kalah..kah..kah..kah..

kegagalan 2 gergasi bola sepak sepanyol agak mengemparkan sedikit peminat la liga di planet bumi dan planet2 lain...
pertemuan pertama di antara Real Madrid dan Bayern Munich (Jerman)berkesudahan 1-2 memihak kepada bayern..

juga kekalahan Barcelona di tangan Chelsea juga semalam 0-1.ini membuktikan skuad dari sepanyol pun boleh dikalahkan..tp ini baru peringkat yg pertama.


masih ada 90minit ++ di laman mereka sendiri next weeks.
kita lihat di sini bagaimana aksi kelab-kelab ini bertarung di peringkat kedua pula.

apapun tahniah untuk keempat-empat pasukan kerana telah layak ke tahap ini.
kemenangan atau kekalahan bukan la pengakhiran perjuangan bola sepak.
tahap dan mutu bola sepak dunia kini bertambah matang walaupun ada sesetengah kelab terpaksa bermain bertahan (parking bas) di depan pintu gol.
 
bermacam-macam cara untuk menyekat pihak lawan dari memenangi pertandingan.
macam-macam parking ada...hahaha

tetapi segala menda alah yg di tunjukkan oleh pemain utk menyekat pihak lawan adalah baik utk meningkatkan lagi mutu permainan.
bola sepak adalah sukan dunia..
sukan planet lain gak kot...hahahaha


Bagi Real Madrid dan Barcelona pertembungan Ahad ini lebih penting untuk kedua-dua pasukan.



agaknya patutla mereka bermain dgn berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan untuk game ahad ini.pertembungan dua jaguh la liga ini melebihi perlawanan separuh akhir UEFA ini.


permainan couter attack sgt sinonim bersama Real di bawah kendalian Jose Mou ini berserta tackle2 keras terhadap pemain barca.penguasaan bola barcelona yg menggunakan tiki-taka adalah sgt tidak digemari oleh madras dan team2 lain.pelbagai kajian dilakukan oleh penganalisi dunia bola sepak mencari cara untuk memecah benteng dan cara tiki taka ini..

sedikit uniknya tiki taka ini adalh kerana ianya sukar utk dikendalikan..sukar untuk di halang..
dan adalah sukar jika barca bermain di camp nou.susah utk mencari 1 mata, apatah lagi 3 mata..
2 mata x kira yek..hahaha je la yg boleh...

apapun kita nantikan bersama apa yg terjadi Ahad dan mggu dpn dlm kancah bola sepak dunia..

x sepak maka x passing






Saturday, April 14, 2012

foto orang akan salah sangka jika tengok

hi..berehat bila otak dah pening pasal bola..
kadang kala merehatkan otak adalah lebih baik dari merehatkan diri...
mari kita lepak lepak jap sambil meneliti apakah ini..

kpd mereka yg melihat foto ini, sila lah tgk bebetul yer..
jgn salah sangka plak..lihat betul2..







jgn salah sangka yer..sila dapatkan nasihat pakar utk bimbingan seterusnya...
diharap dpt mengurangkan tension hangpa semua..

x sepak maka x passing..







Thursday, April 12, 2012

ranking menjunam lagi

Kuala Lumpur- kedudukan bola sepak negara kita menjunam lagi..
apa nak dikisahkan..dah biasa dah kedudukan yg selalu menjunam nie..hahaha..
kedudukan yang tak pernah dicapai oleh malaysia..
Malaysia kini dikedudukan ke 156..kedudukan yg terBAIK setakat ini..

apa nak kisah sgt dengan ranking..bak kata seseorng tu lah kan..
apa punya turr la..ranking ni la nk tengok ko di tahap mana...sengalll..

mengikut senarai yg dikeluakan FIFA malaysia dikedudukan ke 156
pada januari lepas, malaysia di tangga ke 148
febuary ke 150
bln lepas ke 152
hahahaha..
aku pun dh boleh agak dah kedudukan tu...
rakyat pun tahu...
klo ranking bola naik baru la aku pelik,was-was dan ragu-ragu...

kemerosotan adalah berpunca dr kekurangan perlawanan persahabatan antarabangsa..
tetapi tak mengapa kerana kita sekarang SETANDING dengan  BANGLADESH (152)
PALESTIN (153) NEW CALEDONIA (154) dan SAMOA (155)
TAPI...pada pendapat hangpa semua adakah negara tersebut diatas mempunyai alatan sukan yg mencukupi dan kemudahan asas yg banyak macam negara Malaysia tuh...???
tAKPE...kita setanding dengan mereka...

Di Asia Tenggara pulak..kita di no 5 dibelakang vietnam (97), Thailand (141),Filipina (148)
, dan Indonesia (151).
Di Asia pula kita di tangga ke 27dari 46 negara berbanding tempat ke 24 bulan lepas..
sementara itu SEPANYOL masih mengunggulli ranking ke SATU  dengan 1442 mata...
Ke DUA Jerman dengan 1345 mata.
Ke TIGA, Uruguay dengan 1309 mata
keduduakan ini merangkumi 205 buah  negara..

SYABAS Malaysia kerana memegang tempat ke 156..
bukan senang nak amik tempat tuh...hahaha
sila collect hadiah di kaunter 4 yer



kepada  skuad Negara diharap dapat menambah lagi ranking( agaknya lagi banyak lagi bagus pikir mereka)...
apa nak dikata..itulah bola sepak kita..BOLA SEPAK MALAYSIA..

x sepak maka x passing

Wednesday, April 4, 2012

mari kita sokong FAM

Baru2 nie ada org kena pergantungan sebanyak 2 tahun 6 bulan..
ini lah uniknya pengurusan bola sepak Malaysia,,
sapa suruh kritik..kan dah mendapat...
lain kali sokong la FAM..

FAM adalah satu pengurusan yang sangat mantap di antara dunia..
pengurusan yg diterapkan oleh FAM seperti di EPL.,
FAM adalah kebal dari sebarang tindakan..
bukan apa,cuma ada dinding konkrit tinggi yg membuatkan FAM ni kebal..
jadi mari la kita sokong FAM.. 
batu bata dah dibina di wisma sejak 27 tahun lepas dah..jd jgn la bimbang..
sokong aje FAM

mutu permainan yg ditunjukkan oleh bola sepak malaysia pun di tahap sepanyol..
beza ckit jer klo tak mmg dah mengatasi sepanyol dah..
itu pasal klo kita kritik FAM adalah tak patut..sebab bola sepak kita POWER tu..
kita dilandasan yg betul untuk mengekalkan piala AFF Suzuki..
malahan 2030 nnt kita akan masuk World Cup..
jd jangan la bimbang peminat bola sepak Malaysia..
sokong aje FAM..

kita dah ada cara2 khas untuk pemain berada di tahap yg tinggi..
aku percaya jika pasukan kelab terbaik dunia dtg ke malaysia, kita boleh kitai depa..
jgn bimbang kita ada coach terbaik di dunia..

jadi sokong la FAM...

ni aku ada tgk budak upload kat Forum/FB
"woii mana kau tau nie..suka2 hati jer kata FAM ada penyelewengan.."
 mcm ni katanya tentang penyelewengan FAM..

Penyelewengan Pertama:

Jawatankuasa pasukan kebangsaan hanya bermesyuarat sekali sahaja. Dalam mesyuarat ini diutuskan bahawa setiap pasukan mempunyai timbalan, TS Annuar dilantik timbalan pasukan Senior. Selepas mesyuarat ini tiada lagi mesyuarat diadakan untuk bincang pasukan kebangsaan. Perlawanan persahabatan tidak dapat diatur, FIFA keluarkan jadual selama 4 tahun tetapi pasukan kebangsaan hanya setahun, itupun belum tentang ada pihak yg hendak berlawan memandangkan jadual FIFA 4 tahun?

Penyelewengan Kedua:

Perlantikan jurulatih kebangsaan dikatakan kuasa EXCO tapi mesyuarat tidak buat, jadi bagaimanakah perlantikan dibuat?Adakah berlaku penyelewengan? Mesyuarat EXCO hanya dibuat 4 kali sahaja dalam masa 2 tahun?

Kenapa gaji Rajagopal terlalu mahal, RM75,000 sebulan dan dikecualikan CUKAI PENDAPATAN? Gaji jurulatih terdahulu sekitar Rm25,000 sahaja.

Penyelewengan Ketiga:

Mesyuarat AGONG tidak buat, maka dari segi undang-undang FAM ini adalah tidak sah dan boleh diharamkan?

Mesyuarat pasukan kebangsaan juga hanya buat sekali sahaja?

Penyelewengan Keempat:

Presiden KAFA rapat dengan semua ketua pasukan dan ini ada pihak merasakan ini acaman kepada Presiden FAM dalam merebutkan jawatan presiden dalam kongres akan datang?

TS Annuar merupakan pengurusan tertinggi yang ada dalam negeri semasa pandangan TS diutarakan. Presiden dan Tengku Mahkota berada di london semasa itu, jadi perlukan TS Annuar mohon kebenaran kepada DIRI SENDIRI?

Penyelewengan Kelima:

Selama lebih 20 tahun Tuanku menjadi presiden, berapakalikah surat kebenaran dikeluarkan?

Titah Tengku Mahkota dianggap undang-undang, surat perkeliling dihantar ke setiap negeri tanpa kebenaran EXCO, tiada KEBENARAN diberikan untuk edarkan perkeliling. Maka adakah ini satu lagi penyelewengan pengurusan?

Penyelewengan Keenam:

TS Annuar mesti dihukum selama 2 tahun supaya beliau tidak dapat bertanding dalam kongres akan datang?. Maka selamatlah puak-puak Tunku Presiden?, selamatkah Rajagopal 75K?

Dan Penyelewengan TERBESAR.

Baru-baru ini TSAM ada bertanya akan hilangnya berjuta-juta ringgit dari akaun FAM. Kononnya duit dibawa keluar (oleh siapa, pandai-pandai la teka) untuk membayar insuran pemain Liga M. Tetapi selepas EMPAT bulan duit tersebut masih belum dibayar! Bila syarikat insuran bertanya TS terus selidik dan bertanya dan kelam kabut bayaran dibuat, tapi amaun dibayar jauh kurang dari amaun yang dibawa keluar dari akaun bank FAM. Berjuta-juta hilang.

TS mahu bangkitkan hal ini dalam kongress tahun 2011, maka dengan itu, pada tahun 2011, buat pertama kali dalam sejarah, TIADA perjumpaan kongress dibuat, untuk menghalang TS berkata-kata (nak kata pada media tak boleh!).

Jadi, demi menutup mulut TS selamanya mereka mahu jatuhkan kredibiliti TS dan buang beliau dari bola sepak Malaysia!

Woi Judin! Kami peminat tak bodoh la, kami dah nampak segala penyelewengan ini! Laknatullah!

copied from
-MALAYSIA FOOTBALL FORUM-

 

ini lah yg aku kopi dr org yg tak puas hati dgn FAM.
depa mmg tak tau perlembagaan FAM ker..
apala hangpa nie..
mana boleh kritik FAM sesuka hati..
 FAM bola sepak negara kita..
sapa lagi nak sokong klo bukan kita sebagai rakyat malaysia..
mari kita sokong FAM..klo di boikot apa jadi ek??

sokong aje FAM.
sukan bola sepak malaysia..
sokong FAM wahai rakyat malaysia..

Friday, March 9, 2012

Minta Ubat..Minta Cuti..

Hi..hi..hi..

Bola sepak dunia dikejutkan ngn kekalahan gergasi genit bola sepak MU dgn A. Bilbao...hahaha..2-3

Jiran nyer pun sama gak...0-1

Hahaha..

Apa nak kata..

Kekalahan MU di gelangang sendri telah mendiamkan penyokong red Devil nie..huhuhu..

Dgr penyokong RD ni mereka sllu mengatakan yg a.bilbao nie team lauk la liga..

Tp yg pasti semalam nasib baik MU xjadi lauk di old teraford..hahaha..

Ye la ni pun 2nd class trophy kan..

Hahaha..kelmarin dgr kata mu brmain sama tahap dgn barca...

Tapi semalam tlh menceritakan tahap team mu..huhuhu..

Abis tu..apo den nak kato loie...


Takpe..2nd round ada lagi..

Cuba lagi ye..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, March 8, 2012

senarai pemain bola sepak negara

 
 U17
 
Standing from the left :
Mohd Norhamizaref Bin Hamid, Muhammad Nazmi Faiz Bin Mansor, Mohd Khairul Bin Mohamad, Mohamad Izdihar Qaedi Bin Jidi, Osman Bin Mohd Yusof, Mohd Furquon Bin Ahmad, Muhammad Syazwan Bin Tajudin, Muhammad  Hafiz  Bin Mohd Fauzi, Mohamad Ashmawi  Bin Md Yakin, Muhammad Asri Bin Mardzuki, Mohamad Faiz Bin Abdul Khalid, Muhamad Yazid Bin Zaini , Mohammad Ridzuan Bin Abdunloh.   

Seating from the left :
Salamon Raj A/L Adaickalam, Nur Areff Bin  Kamaruddin, Muhammad Nizam Bin Mohd Ruslan, Muhamad Akhir  Bin Bahari, Muhamad Shaaban Bin Roslan, Haris (Assistant Coach), Sivam (Assistant Coach,) Aminuddin (Coach), Richard (Gk Coach), Sara Yasmin (Physiotherapy), Muhammad  Hanif Bin Mat  Dzahir, Mohamad  Akmal Bin  Ishak, Mohamad Fazrul B Mohammad, Nik Syafiq Syazwan Bin Nik Min.






National under 19 team that also known as Harimau Muda B that currrently participate in Premier League 2011

Registered Official 

1.   DATUK ASTAMAN BIN ABDUL AZIZ (TEAM MANAGER)
2.   ISMAIL BIN IBRAHIM (HEAD COACH)
3.   MAZLAN BIN ABDUL WAHID (GK COACH)
4.   MOHAMAD HARRIS ZAFRAN (PHYSIO)
5.   AHMAD RADZI BIN SALLEH RAIBI (TRAINER)
6.   AMIR BASHA BIN ABD HALIM (SPORT CODE)

Registered Player

1.   MUHD FARHAN BIN ABU BAKAR
2.   AHMAD FAIZAL BIN SUMAR
3.   MOHAMAD FARIS BIN MOHAMAD YUSOF
4.   MUHAMMAD AKRAM BIN MAHINAN
5.   MUHAMMAD ARIFF BIN ZULKIFLY
6.   MOHAMAD NASHRIQ BIN YAHYA
7.   MUHAMMAD NAZRUL BIN KAMARUZAMAN
8.   MUHAMAD FARIZZUAN BIN AZHAR
9.   MOHD. SYAFIQ SHALIHIN BIN MOHD NOOR
10. SAARVINDRAN A/L DEVANDRAN
11. MUHAMAD BUKHARI BIN IDRIS
12. MOHAMAD NAIM BIN ZAKARIA
13. MUHAMAD SYAFIQ BIN AZMAN
14. MOHAMAD SYAMIM BIN MOHD SOBRI
15. MOHAMAD SYAWAL BIN NORDIN
16. MOHD ARIP BIN AMIRUDDIN
17. IBRAHIM BIN AZIZ
18. MOHD NORHAKIM BIN ISA
19. MUHAMAD ASIF BIN MOHD AZMAN
20. IZZAT BIN ABDUL RAHIM
21. ZULFADHLI BIN MOHAMAD
22. MOHD SYUHIRAN BIN ZAINAL
23. MUHAMMAD SYAZWAN BIN TAJUDDIN
24. SHAHRUL BIN MOHD SAAD




Malaysia Senior Team during AFF Suzuki Cup 2010

Registered Official

1.   DATO' SUBAHAN KAMAL (TEAM MANAGER)
2.   DATO' K.RAJAGOBAL (HEAD COACH)
3.   TAN CHENG HOE (ASST. COACH)
4.   MOHD FAOZI MUKHLAS (GK COACH)
5.   SIVANASVARAN SUPPIAH (PHYSIO)
6.   RASTISLAV BOZIK (PHYSICAL TRAINER)
7.   AHMAD HILMI ABDUL LATIF (SPORT CODE)
8.   MOHD ZAIDI ABDUL LATIB (MASSUER)
9.   SIVAKUMAR RAMALINGAM (KITMAN)


Registered Player (List Updated Accordingly to Matches between Malaysia vs Etoile FC, 26 March 2011)

1.   MOHD FARIZAL MARLIAS
2.   MOHD SABRE MAT ABU
3.   MOHD ASRARUDDIN PUTRA OMAR
4.   MOHD RIZAL FAHMI AB ROSID
5.   SHAHRIZAL MOHD SAAD
6.   MOHAMAD AIDIL ZAFUAN ABD RAZAK
7.   SAFIQ RAHIM
8.   NORSHAHRUL IDLAN TALAHA
9.   MOHAMAD AZMI MUSLIM
10. AMAR ROHIDAN
11. AHMAD FAKRI SAARANI
12. CHANTURU SUPPIAH
13. GURUSAMY GOVANDAR KANDASAMY
14. KUNANLAN SUBRAMANIAM
15. AZIDAN SARUDIN
16. MAHALLI JASULI
17. IZZAQ FARIS RAMLAN
18. MOHD AMIRULHADI ZAINAL
19. KHAIRUL FAHMI CHE MAT
20. BADDROL BAKHTIAR
21. MOHAMAD MUSLIM AHMAD
22. MOHAMAD ASHARI SAMSUDIN
23. MOHAMAD FADHLI MOHD SHAS
24. MOHD SHARBINEE ALLAWEE RAMLI



kredit to FAM

Wednesday, March 7, 2012

ApA nAk JaDi DgN BoLa SePaK nEgArA 2

hi..
cite ttg bola lagi..

sambungan dari yg lepas...
mengapa pasukan negara kita tersungkur..

mari kita rungkaikan...

cara yg diterapkan kepada pemain..

ishh..ish..ko sapa nak cite pasal peraturan..
hahaha..
So..apa percaturan yg digunakan kpd player negara kita..
aku x paham bagaimanakah Jurulatih tahap tinggi kalian semua melatih team Malaysia..
sebagai jurulatih sepatutnya peka pada keadaan sekeliling..
banyak lagi usaha harus dilakukan oleh jurulatih tahap tinggi nie..

dari penglihatan aku la kan..short pass pun terlalu sedikit..
yg ada pun pass xbetul(tepat).
 asyik main long pass ajer..
siapakah yg akan mengejar long pass tue??
apakah sengalnya permainan mcm nie..
badan sorg2 dah la besar dan SASA...
larat ker nak kejar bola tu bila asyik main LONG PASS ajer!!
 klo nak long pass pun ada la tempatnyer...

jadi apakah salah jurulatih atau salah player negara sendiri..??
knapa player bermain mcm nie SETIAP kali game..
jadi bila bola sepak negara kita nak maju..??

ada lagi...
pastu plak nak mengharapkan "luck" plak..
apa nie....
main bola, main bola la..
luck pun luck la...
klo serangan 90mnt tu ada 360 serangan dan goal hanya 2 bijik boleh la kata xde luck..
ni serangan pun 3,4 kali jer..nak harapkan luck plak..
usaha la dulu baru kata xde luck..
asyik alasan jer yg selalu diguna pakai bila kalah..
knpa ketika menang kita xde bagi alasan yg kita menang pasal LUCK jer..
xde la plak..

sekarang mari kita rungkaikan lagi..

cara yg diterapkan kepada pemain.

apakah caranya yg diterapkan kpd pemain negara..samba kah??one touch football ker??silatbam kah??

ntah..aku sendiri tak tau..mcm aku ckp la..
long pass ke laut..short pass ke lombong...
jadi apa jenis pass lagi nak buat...

team kita terlalu banyak membuat training sehinggakan coach dah tak tau apa kelemahan team..
Masa training memang semua perform..tapi masa game hancuss..
knapa ini terjadi??
sbb terlalu banyak training dan taktikal yg xmampu aku nak ulas lagi..

bagi aku la..xperlu la terlalu banyak sgt taktikal buat masa ini..

hanya perlu bemain seperti biasa dan coach akan stop bila ada seberang kelemahan di atas padang..
tegur masa tu jugak..bukan lepas permainan (training)..
dgn mcm ni baru player dpt tau apa yg dia buat td adalah salah..

banyakkan la masa SHORT PASS wahai player malaysia..
terutama COACH tu..banyakkan main short pass..
ni tidak..asyik nak lambung jer..

 abis tu sapa yg dapat bola nie??

tak ke hampeh namanyer tu..
nak lambung2 g main takraw la weh...

boleh lambung..boleh tendang..boleh sepak...
haa apa lagi..g main takraw..

permainan bola yg mantap adalah dari segi passing yg kemas dan jitu..
ingat lagi kata seorang teman..
"tak perlu bermain seperti barcelona.."huhuhu
cukup la sekadar passing yg kemas dan jitu..
mental yg kental..dan fokus dlm game..
klo semua ini ada pada COACH pasti ada pada player..( kena la praktikan)

jadi apa pekara yg perlu kita buat??
xkan hanya menunggu kekalahan seterusnya..
ini sahaja yg mampu utk menaikkan sukan negara..

x sepak maka x passing






Tuesday, March 6, 2012

ApA nAk JaDi DgN BoLa SePaK nEgArA

Hi..

Berbicara lagi ttg bola sepak..

Ada terbaca artikel dr mana entah memceritakan ttg pemain di dlm negara kita lincah dan berbakat besar..

Betul la tu..tp dimana silapnya sehinggakan kelincahan dan bakat mereka terendam dek lumpur.

Mari kita coret2 ckit..pemain kita lemah kerana kekurangan idea utk bermain.tumpuan dan fokus yg kurang dr pelbagai faktor..

Kenapa ini terjadi???

1. Pengurusan yg lemah dr pelbagai sudut.

     i. Tiada aduan atau cadangan di laman web rasmi FAM.(klo ada sila btahu admin ye)

     ii. Tiada perancangan.means jurulatih hanya mengharapkan pemain tuuu je..bila injured mula la bg alasan pemain utama xde..

2. Cara permainan yg di terapkan kepada pemain.

i.   Aku tak tau apa kah cara pemainan negara kita.long pass ke laut..short pass ke lombong..

ii. Terlalu mengharapkan luck sahaja.means..serangan byk la konon tp tak dimanfaatkan sepenuhnya..

3. Apakah aktiviti atau jadual utk pemain negara.???

i. Mcm rasa jadual yg diguna pakai adalah sama dgn zaman jadual masa zaman otai abg Zainal Abidin dlu jer.bkn kata xboleh..tapi kena la ada peningkatan..

ii. Selalu sgt training sampaikan xtau mana silap dan kelemahan pemain..(bkn xboleh training tp ada waktunya..)

Mari kupaskan lagi...

1. Pengurusan...

Apakah salah silapnye..ntah..korang nilai la sendiri.byk sgt politik dalam bola sepak.mana sukan ni nk maju..

Bkn aku x sokong jurulatih dlm negara..tp ko amik la jurulatih luar jugak utk memantapkan lagi cara permaianan.jurulatih malaysia..main pun ala2 malaysia la..klo brazil...samba..klo barca tiki taka..klo malaysia..silat ker??

Dlm bab pengurusan pun terdapt segelintir yg memPROMOSIkan anak buah masing2.

Jadi yg betul2 power main bola terpaksa diketepikan..

Kita lihat plak sekolah sukan Bukit Jalil.pelajar yg mahu masuk ke dlam sklh tu mesti power sukan dan power akademi..

Comon la weii..ko nak player malaysia ni amik PHD ker utk main bola..

Allah dah kurniakan seseorg tu kelebihan utk bermain bola..mesti ada kelemahan nye juga.maybe akademinye kurang..jadi ko amik la jugak budak nie n train akademi dia juga..

Bermain bola perlukan imaginasi..klo Xde imaginasi seseorg itu xboleh main bola.main ps pun mesti kalah punyer..akademi mmg la penting tp cuba kita lihat...

Ronaldo..ada PHD

Messi...ada MASTER

Xavi...ada DIPLOMA

maradona...Ada sijil IKM

Zidane...ada DIPLOMA PERGURUAN..

Jadi pemain malaysia pun korang nak buat mcm tu jugak ker..(APTB)..huhuhuhu

Xguna menuding jari sesama sendri..

Buat apa yg termampu..sedey bila melihat team negara tengkeirap(tersungkur) dgn team lain..sedeyy..

Selepas ini saya cuba pula rungkaian faktor2 lain utk korang..

X sepak maka X passing

Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, March 3, 2012

jurulatih tahap tinggi pilihan anda

no komen..
korang komen la sendiri...
sapa jurulatih yg power..


berkebolehan...
ok la..
pemain negara ke dulu??
tak kisah la tentang dulu siapa pun dia..
yg penting sekarang nie, apa nak jadi..
yg dulu bukan penentu masa sekarang dan masa depan..
jadi apa nak buat??????????
panjang tanda soal tu..tak makan dalam ker??




juga berkebolehan..
setakat mana???
siapa dia dulu??
pemain negara ker??
kami xmau tau sapa dia yg dulu...
kami mahu apa yg ada sekarang..
apa yang perlu dilakukan lagi nie..
jgn jaga sgt kePOLITIKan tu..
make your team become somebody..
not just give any reason more..

apa boleh buat..support jer la team negara walaupun payau utk ditelan..
jadi dengar la sedikit kata RAKYAT nie..
bila nak didahulukan RAKYAT nie..
pencapaian aptah lagi...

kami mahu bola sepak negara bertukar wajah sama sekali...
FAM sila la amik sedikit perubahan...
x banyak pun sikit ok la..
takkan nak main BOLA LAMBUNG JER OIII...
mana passsing nyerrr...short pass nyerr...
mana..mana..mana..????




ni sapa plak nie??

berkebolehan ker dia nie??
boleh ker dia train short pass.??
pemain negara mana dia nie dulu???
aku tak mau dgr cite dulu..
mcm biasa aku mau dgr cite sekarang...
apa yg dilakukannyerr sekarang...
ada ke main LAMBUNG2 BOLA..??
mcm mail lambung kah dia nie...
adus...adus..dan adus...


mana pergi the right person kat negara nie??
xde ker org yg boleh train player utk main short pass??
apa pengurusan buat??
gaji tak cukup kah??
player tak berdisplin ker??
stamina kurang ker??
mental terganggu ker??

knapa nak main susah LAMBUNG2 BOLA..
tak boleh ke nak main short pass..move n support..
tak boleh ker wahai NEGARAKU...

x  sepak maka x passing


bola dulu dan sekarang lain der

hi..
kita bercakap mengenai bola lagi..

bola dulu dan lain sekarang lain der..
klo dulu org gentar ngn nama malaysia..
tapi sekarang..ermmm gentar la gak??huhuhu..

kita tak payah la nak amik crite bola kita dulu2 kala..
itu dulu..skrg dunia dah berubah..
bola sepak negara kita pun dah berubah..

apa korang ingat bola sepak negara kita je ker berubah..
negara lain pun nak maju gak dlm bola sepak, sukan kegemaran dunia nie..
jadi..apa nak jadi ngn bola sepak negara kita...
hampeh??sengal??

bukan nak kondem..tapi nak memperbaiki..


nak cite pasal bola dulu2 kala buat apa..??
rangking dulu POWER katanyee..nak buat apa??
pemain dulu ditakuti lawan..nak buat apa..??
buat apa nak cite pasal dulu kala...

skrg crite la pasal sekarang...

bagaimana permainan player sekarang...
hishhhh...sgt3 teruk..
bukan aku kata..tapi pandangan aku la kan..korang tak tau la..
mungkin kita terikut2 ngn corak game inggeris sehinggakan game kita tunggang langgang..epl konon..father of football kononyerr..
ntah aku tak nampak plak mana mothernyerr...

tapin yg pasti bola sepak negara ditahap yg sangat teruk..
aku bukan nak mencemuh..tapi FAM tak nampak ker semua nie..
org nak bagi sedikit pendapat utk memajukan bola sepak..
tak boleh ker nak terima pandangan RAKYAT sendiri..
dah la xmau amik jurulatih import..jadi dengar la sikit sebanyak pandangan RAKYAT..

aku tau jurulatih malaysia POWER2 semuanya..tapi mana kePOWERan tu pegi..
jgn asyik beri alasan sahaja..smpi bila rakyat asyik nak dengar alasan sahaja..
tak payah nak ikut rangking dunia sgt la..
tu pun alasan ker??
apa punya turrr la..

jgn sampai rakyat dah hilang selera dgn bola sepak baru FAM nak amik tindakan..
kita bukan negara yg mundur,,yg daif mcm sesetengah negara...
xreti ker nak memajukan bola sepak..
berapa banyak lagi duit yg nak diperuntukkan utk bola sepak negara...
ko bagi 800 juta ker baru nak power mcm spain..mcm brazil..mcm england..
eh..eh.. power ker depa??

power tak power hangpa pikiq sendiri..teman maleh nak cite..skrg dunia dh maju..
semua dihujung jari..tgk sendiri..kaji sendiri..pikir sendiri,,
klo PASSING tahap darjah 5 baik main playstation jer..

x sepak maka x passing

Sunday, February 26, 2012

bukan mencemuh tapi memperbaiki..

Apa nak jadi dgn bola sepak negara kita sekarang..bukan ingin mencemuh tapi sekadar ingin memberi pendapat utk memperbaiki keadaan.. Disini sy nak memberitahu serba sedikit cara untuk memantapkan sesebuah team.

Jelas diketahui bahawa team negara yg ada skrg adalah ditahap terbaik..(dimata sapa ntah la..) Tapi jika kita lihat team negara masih kurang kick didalam basic bola sepak.bkn memperlekehkan..tp inilah kenyataan yg perlu kita terima dgn seadanya..

 Sy bkn jurulatih berlesen A atau B..tapi sy ingin memberi sedikit pendapat sy ttg mutu bola sepak negara serta memperbaikinya.. Sesiapa saja nak follow cara ini pun boleh..sy xpernah menyuruh apatah lagi melarang..

Utk membentuk team yg mantap..passing adalah sesuatu yg amat amat penting..short passing adalah basic utk satu2 team itu terus mantap. Utk mnjayakan short passing yg mantap..player harus diajar utk bermain secara short pass terlebih dahulu. Sebagai contoh pemain negara harus lebih banyak membuat prlawanan persahabatan dgn team2 liga super..tetapi bersyarat..

Antara syaratnya..

Team negara hanya melakukan short pass SAHAJA..
tiada long pass..
Tiada cross bola..
Tiada shoot on goal...
Tiada clear ball..
Perlawanan berkesudahan 0-0..(klo menang pun ok)

Dgn cara ini dapat membentuk short pass yg berkualiti disamping move n support secara teamwork..pergerakan pemain yg maximun diperlukan.. Jika ini dilakukan dgn frenly bersama team2 negeri fokus dan mental pemain negara dpt ditingkatkan..

Xperlu training di luar negara..memadai di dlm ngeri sahaja..buat masa ini lah..disamping itu training pasukan harus lah diubahsuai dr kelemahan yang ada.. Nanti saya akan terangkan bagaimana untuk memupuk mindset supaya player dpt bermain secara short pass dgn baik semasa training dn game.. Selamat maju jaya bola sepak..

X sepak maka x passing...

Saturday, February 25, 2012

cara short pass paling berkesan..

Disini sy memberi sedikit idea kpd anda semua cara paling berkesan utk short pass dlm game.. Mari kita praktikkan bersama..hahahaah
Caranya..
Kumpulkan 6 player 1 team..
Ikat 4 player dgn tali pengikat kambing di badan ke4-4 player.
jadikan segiempat brbentuk diamond..
Tali sepanjang 3 mtr..
2 lagi player mnjadi "mongkey" ditengah2 tali yg diikat pada 4 player tadi.
Bermain hanya 1 touch..

Disini player td perlu move n support teamate masing2 supaya tali yg diikat tidak tidak tegang..dlm erti kata klo xmau tertarik oleh masing2 mereka perlu bersefahaman dlm team itu.. Pada permulaan mmg agak sukar..tp kelama2 an pemain tidak lagi rasa tertekan kerana mental dan fokus disamping pergerakan player dpt difahami oleh team sendiri..

Latihan seperti ini dapat memupuk player dgn short pass yg jitu di samping move n support dr team masing2.. Ini bru stage pertama ye semua... Utk stage yg berikutnya saya akan terangkan di lain kali.. Semoga bola sepak negara kita bertambah maju seiring bola sepak antarabangsa..

X sepak maka x passing..

siapa kata??

Siapa kata player malaysia passing teruk??
Siapa kata player malaysia xreti passing??
Siapa kata player malaysia main bola xreti??
 Sapa kata??sapa kata?? Klo xde org nak kata biar aku yg berkata2..

Disini klo hangpa tgk player malaysia passing ketika trainning adalah amat cantik.90%-99.9% adalh tepat kearah rakan.. Tapi tahu kah anda semua bahawa passing semasa training adalah tidak sama ketika game. Jika semasa train player A mampu pass kpd player B 100% tepat TETAPI..
Bandingkan ketika game.. Player A hanya mampu passing kpd player B sebanyak 57% - 65% tepat sahaja..
Kenapa ini terjadi..

Mari kita rungkaikan disini..
Ketika game 10%akan hilang semasa pressure dr pihak lawan..
9% akan hilang semasa fokus terjejas..
8.1% hilng ketika mental terganggu..
7.9% hilang sbb keadaan sekeliling..
5-10% krn lain2 faktor..kasut..padang..force..gravity..dll..
 Wah detail sgguh ye smpai kan grvity pun turut diambil kira.. Tapi inilah yg berlaku.. Jd brape % kah passing yg power ketika training td tinggal ketika perlawanan berlansung..

Tu pasal la passing player malaysia di tahap yg sgt low.. Apa yg perlu dilakukan..... Jeng..jeng..jeng.... Nnt la..dh nk mghrib ni..kang mlm kita sambung lagi ek..
X sepak maka x passing